Wednesday, January 15, 2014

7 Gunung kehidupan

Ini dari perkongsian Master saya. Sangat mendalam dan perlu muhasabah diri. Banyak perlu diperbaiki. Tiap manusia ujian tak sama. Ada senang..ada susah. Yang susah tu walau pahit..penghujungnya InShaAllah manis pengakhirannya!!!! Mari kita berjuang..walau apa pun bidang kita. 

**************************************************************************


Imam AlGhazali menyenaraikan tahap tahap berikut utk menjadi seorang usahawan

 memiliki ilmu asas dan ilmu utk mengenal sesuatu (bidang khusus yg dipilih)
 taubat dari dosa2 yg lalu
 tahan menghadapi godaan
 tabah mengharung rintangan
 ada kuasa pendorong
 muhasabah diri atas kelemahan dan kecacatan akhlak
 memuji dan bersyukur ke hadrat Allah SWT

7 tahap ini sering dikenali sebagai gunung 7.. iaitu 7 puncak yg perlu didaki oleh seseorang utk menyediakan diri sebagai seorang hamba Allah yg taat dan patuh pada Tuhannya sebelum memulakan sebarang usaha/pekerjaan

Gunung 1- Perlu lengkapkan diri dengan Ilmu2 Khas/Khusus

>> Sbg distributor Shaklee, untuk berjaya dalam Bisnes ini kita perlu lengkapkan diri kita dengan Maklumat Produk, Maklumat Syarikat (Shaklee) dan Ilmu Marketing (tak terhad kepada marketing saja.. ilmu amalan rohani juga perlu)

Gunung 2- Taubat dari Dosa2 lalu...

>> Jika kita sering melakukan kesilapan, itu adalah kelaziman setiap yg bergelar insan.. TAPI, bila kita buat salah/melakukan dosa segera beristighfar dan carilah taubat yg sebenar2nya..>> Sentiasa lakukan solat sunat taubat, dan jgn lekang dari kalimah istighfar ..lagi2 ketika dlm phasa 12bulan pertama.. lama2 nnt jadi habit dan takkan mudah melatah..

GUnung 3- Tahan Godaan

>> Siapa yang tidak pernah mengalami godaan? Setiap dari kita yg melakukan Shaklee Bisnes pasti ada godaan.. sbg contoh: leka tgk tv leka layan kwn2 dan anak2.. leka dalam comfort zone.. leka melepak...Jika anda tidak tahan godaan2 sebegini...anda tidak akan berjaya melepasi Gunung ke-3 ini..dan kejayaan di dalam Bisnes Shaklee masih jauh buat anda.

Gunung 4- Tabah Harung Rintangan

>> Ujian, rintangan , cobaan akan sentiasa datang dalam hidup kita.. sy pasti setiap dari kita pasti alami berbagai ujian dan rintangan semasa buat bisnes Shaklee ni.. tapi adakah kita berjaya atasinya??Anda harus INGAT:

Allah turunkan rintangan dan ujian kerana DIA KASIH kan kita ..Dia uji ikut kemampuan berbeza kerana impian setiap org tak sama maka ujian juga tak sama... dan dia nak beri kita GAJARAN besar jd dia beri ujian dulu.. . Sebab tu kita harus SABAR,, REDHA dan cari jalan penyelesaian utk hadapi rintangan tersebut...Allah tak menghampakan org yg sabar dan berdoa tanpa putus mohon padaNya..kejayaan manis pasti menanti setelah anda mengharungi kesusahan dan kepayahan.,

Gunung 5 - Ada Kuasa Pendorong
>> Sebelum mulakan bisnes atau setelah berbulan buat bisnes tibe2 rasa down.. anda tanya balik kenapa anda buat bisnes. adakahg semata2 sebab duit.. kalau semata2 sbb duit.. sampai satu masa anda akan penat..dan anda akan give up kerana anda tahu anda masih ada gaji masih ada suami..SEBAB TU anda kene ada kuasa apendorong. cth nak duit utk byr loan ke,tanggung mak adik ke or perlu duit utk satu masa akan dtg just nak rileks kat umah berhenti kerje jaga anak ke.. depends dgn u all..bile ada kuasa pendorong. walau cemana penat pun or down.. anda akanterus mendaki gunung ke 5 ni.. takkan ada istilah give up.. Ada orang yang jenis self motivated.. tak yah suruh dah bergerak sendiri TAPI takkan orang tu tibe2 je jadi self motivated kan??? mestilah proses tu datang berperingkat..Bagaimana nak jana kuasa pendorong ni..:Rajin2 baca buku motivasi, berkawan dengan mereka2 yg positive, cermin diri...bina lebuhraya minda.. bukan dengan melayan kata hati...
Buang perkataan negatif dgn cepat2 istigfar dan tukar ke ayat positif.. jadi sila tanamkan ayat2 positif .Cabar diri utk cuba bertahan selama 12bulan pertama.lepas tu baru boleh buat kesimpulan mampu atau tak mampu utk teruskan

Gunung 6 - Muhasabah diri atas kelemahan dan kecacatan akhlak

>> Sebelum tidur malam pernah anda renung2kan..ape yg kurang..ape yg silap.. kenapa sales aku turun? ini tidak.. sales down...frust, marah..sebab anda terlupa.. walau cemana rajin or hebat pun anda tapi tiada rezeki tanpa ihsan dan kasih sayang dariNya...rezeki hak Allah.. jadi lepas ni.. kene salu muhasabah... mesti ada kurang di mana2...cube renung2kan, anda share info2 ni ikhlas ke? atau anda mengharapkan balasan..jgn sekali2 harap balasan.. mmg kene ada target tapi sentiasa berdoa ya Allah aku dah usaha sebaik mungkin,, skrg aku berserah sepenuhnya pada Mu ya Allah.. moga matlamat ku blablabla tercapai dgn izin dari mu jua...

Gunung 7- Puji dan Bersyukur kepada Allah...

>> Tidak kira, waktu susah atau senang... segalanya Allah.. ada masa ujian datang..kita saket, syukur mungkin sakit ini ujian utk Allah berikan aku lebih kejayaan.. anak2 sakit..sabar, ini ujian utk mengeratkan aku dengan anak2 dan dekatkan aku dengan Allah..<<>>Kalau anda rasa anda berat ujian cabaran berat masalah.. putus harapan.. cuba buat ni:>> Pejamkan mata, dan bayangkan dlm 5min segala kurniaan nikmat yg Allah berikan pada kita selama ini....apa perasaan anda bila Allah tarik segala nikmat itu dalam sekelip mata???<<..anda buka mata pasti anda akan bersyukur dgn masalah dan apa jua yg ada.. btul takkJadi jgn mengeluh dengan apa yg kita tidak ada, bersyukur dengan apa yg kita anda...


~kredit Master Nur Izzati~

No comments:

Post a Comment