Sunday, November 30, 2014

Shaklee Effect

Assalamualaikum wbt..

Kalau nak bercerita tentang shaklee effect ni.rasanya sebulan pun tak habis cerita. Ok, saya pendekkan yer..Saya kenal shaklee 2 tahun lebih. Diperkenalkan oleh rakan sekerja dimana dia sepupu kepada Master Nur Izzati. Mula2 saya beli Meal Shakes sebab Afiq anak kedua saya mempunyai masalah sembelit sangat memeningkan kepala saya ni. Asal nak membuang melalak tak ingat..semeblit sendiri faham kan. Seksanya tengok sampai terpaksa kena spare ubat sumbat bontot. Tak boleh putus ubat tu. Macam sabun kan..bila dia nk mebuang cepat2 picit di hujung dubur. Nak picit masuk tu pun satu hal melalaknya. Sampai bila nak macam ni kan? Bila dah kenal dengan Meal Shakes...Ya Allah syukurnyaaaaaaaa...memang afiq tak da masalh ni langsung. Terus semua ok. Macam berubah 360 darjah!!! 

Start dari situ saya mula gugel produk shaklee. Oh baruku tahu shaklee ni sume produknya berasaskan tumbuh2an dan semua vitamin ada. Sempoi baq hang!. Terus gila nak vitamin C sebab geram duk baca testi pengguna shaklee...Vitamin C bagus TAPIIIIIIIIIII... Saya tunggu SETAHUN nak dapat vitamin C ni. Kenapa??? 1 Malaysia tak ni weiiiiiiiiiiiii. Apahal? Pelik sungguh plak.

Rupa2nya shaklee meng"upgrade" Vitamin C ni kepada  Vitamin-C Plus Sustained Release. Apa maksudnya?? Panjang nak sebutkan. Cam ni...sebiji pil tahan 5 jam di mana setiap jam vitamin ni dilepas dalam tubuh kita. So...tak macma vitamin C yang lain...fungsi tak sama macam shaklee. Tahukan...vitamin2 ni sifatnya mudah larut dan hilang..Hilang cepat vitamin ni kalau seseorang tu badannya banyak toksin. Itu nanti kita cerita lain.

Okes sambung cerita..dah dapat Vitamin C idaman hati..terus sign jadi ahli !!! Sebab selama duk tunggu nak dapat Vitamin C ni saya ada gugel kehebatan shaklee..Maka bermula la saya mengejar impian saya bersama shaklee. 

Dari daftar hanya rm65 terus saya jana pendapatan 4 angka !! Sangat tak sangka...Terima kasih kepada sifu saya master Nur Izzati.




Wednesday, November 26, 2014

Vitamin khas untuk wanita

Banyak pilihan...banyak manfaat vitamin yang ditawar oleh shaklee. Yang menjadi kegilaan wanita zaman sekarang tak lain tak bukan vitamin C. Penah tau vitamin C ni tiada dipasaran selama setahun !!!!! Wahhh apasal bole jadi cam tu???
Ni disebabkan pihak R&D upgrade kualiti vitamin c yang tak dapat dari brand lain. Acanner tu? Cam ni...1 kapsul vitamin c ni...bertahan selama 5 jam dengan setiap sejam..vitamin ni akan dilepaskan ke tubuh kita. Kenapa dicipta camni? Sebab sifat vitamin mudah hilang dan diserap. Istimewanya lagi...1 biji bersamaan dengan 7 buah oren. Haaa bole ker sehari telan oren banyak tu. Cirit birit..tak pasal2 ja nanti.
Okes..selain tu terhebat dan terbaik dari shaklee adalah Vivix !!!! Ohhh setiap malam sebelum masuk tido wajib saya bancuh sesudu teh. Rasa macm rebina!! Sedap yurk.

Friday, November 14, 2014

Healing crisis...apa tuh???

Apakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.

Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.


Mengapa Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Setelah Mengambil Supplement?

Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru pengimbangan, dan sebagainya. Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak
pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.

Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulanya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihakn, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.

Adakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Suatu Petanda Yang Baik?
Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil, sememangnya berkesan. Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk,tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah kepada proses penyembuhan yang sebenar.

Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan.


Adakah Semua Orang Mengalami Tanda-tanda dan Gejala yang Sama Semasa Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.

Secara Umumnya, Berapa Lamakah Proses Pemulihan (Healing Crisis) Akan Berlangsung?

Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.
Kebanyakan Orang Berasa Lebih Baik Selepas Mengambil Supplement, Tetapi Saya Telah Mengamalkan Pengambilan Supplement untuk Seketika, dan Saya Tidak Perasan sebarang Perbezaan.

Mengapa Ini Terjadi?

Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll. Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah:

1. Anda tidak mengambil dengan konsisten

2. Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan

3. Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekali gus

4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang

5. Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih

6. Keadaan tubuh yang kronik


Tanda Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) dan Kemungkinan Punca

Bagaimanakah Melalui Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

Pada waktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya, dan makanlah lebih sayuran dan buah-buahan. Minumlah sikit-sikit tapi kerap. Pilih air kosong instead of air manis . Selagi kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini. In sha Allah.

Thursday, November 13, 2014

Penapis Air Get Clean



Sejak ada rumah sendiri yang kekadang je balik jengguk time cuti...tak plan pun nak pasangkan penapis air. Tapi bila dah kenal dengan Shaklee ni terussss jatuh cinta dengan Jug Get Clean ni. Nampak sexykan??? Terus daku terrrrbeli. hehe

Transparent habis...air dalam jug pun terasa nampak sungguh menggoda. Petanda baik untuk galakkan diri minum air putih dengan banyak. Bagus Jug ni sebab kuasa penapis sangat2 la awesome. Tengok video yang saya kongsikan..Dari seoren air oren sunquick..jadi jernih. Ada pun skit sangat keorenan bila ditapis.

Sekiranya berminat contact saya untuk mendapatkan jug sexy ini !!!

Wednesday, November 12, 2014

Kenapa saya pilih Collagen Powder ???



Assalamualaikum....

Hai...Sudahkan hari ini anda mengambil sebarang suplemen? Saya dah...menjadi kewajiban setiap pagi sebelum menelan apa2 makanan saya akan amik 1 sachet Collagen Powder. Kenapa perlu minum semasa perut kosong?

Collagen ni mudah diserap dalam tubuh tau. Jadi, seeloknya sebelum kita melantak nasi lemak...karipap, pulut udang, segala cucur2..kita utamakan collagen diserap dahulu. Biasanya saya akan amik masa sejam lebih sebelum saya ambil breakfast.

Apa manfaatnya? Saya dah minum dah 4 kotak Collagen dan akan buka kotak kelima plak! Memang best sangat. Muka jadi toing-toing...Badan jadi fresh..tak da la lemau nak start kerja. Pipi selebeh dulu pun dah jadi kembong anjal. Muehheheh. Kulit kusam pun dah daku bye-bye. So,menjadikankan kita berkeyakinan !!!

Wanita perlu cantik tau..walau anak dah 3,4,5,6 orang! Bukan alasan untuk mengelak penjagaan kesihatan dan kecantikan. Niat saja ini semua untuk en somi ... :P


love shaklee,
Leya

Thursday, November 6, 2014

Tempoh amal suplemen



Suplemen selama-lamanya?

Ramai pelanggan saya akan tanya...cth la..beli vitamin C. 

"saya makan ni sebab muka saya kusam..itu yang beli vitamin C ni. Kak, berapa botol saya kena telan vitamin C ni nak bagi muka saya ok?"

Saya tersenyum...faham...ramai pelanggan saya macam ni. Saya jawab ringkas je "sampai ke tua"
Terbeliak bijik mata dia..mesti dia terus fikir jenuh la nak beli !!! Alah dengan shaklee vitamin C tahan 6 bulan. Jadi, setahun dia kena beli stok 2kali dengan saya. Kos pulak sebijik rm0.40. Mahal? Jangan merepek kata mahal !!!

Konsepnya begini...seringkas yang mungkin:

PERUT LAPAR ??? Tindakan? --> Makan !!!
KESIHATAN BAIK ??? Tindakan --> Penjagaan Nutrisi yang baik !!! (suplemen atau pemakanan)

Jadi kenapa perlu nak amik kisah kos dan tempoh? Bukankah kesihatan yang perlu kita jaga sampai tua...suplemen pun perlu sehingga kita tua. Kenapa? vitamin  dan mineral sifatnya tidak tahan lama. Katakan hari ini kita perlu sayur2an hijau..Esok pun kita perlukan lagi. Betul tak? Begitu juga dengan suplemen.

Okey kembali kepada cerita tadi. Katakan minah ni amik sebotol  vitamin C..muka dia jadi berseri..rasa cun giler !!! Lepas tu dia stop…pemakanan hentam keromo..berminyak la..berlemak la…segala macam..akhirnya dapat kekal tak kejelitaan wajah kulit dia? Mesti la tak !! Dan..apa akan jadi…dia cari Suplemen balik. Itu la saya cakap..suplemen hingga umur senja!!

Andaikan dia jaga pemakan…tak nak suplemen2 ni. Rasa gerun nak telan pil…tapi sedar tak..sayur2an hijau kita tak selamat seperti dulu. Petani guna racun perosak..ada pernah terfikir?? habis lebur khasiat sayur2 yang nampak segar dimata tu! Ok, kalu dia guna skit jeeee racun perosak..bagaimana dengan tanah petani? Ingat yer…tanah bumi dah banyak pencemaran…sayur 2an nak dapat mineral baik pun terhad kerana pencemaran2 ni. Bahan kimia merata2… diserap masuk ke tanah..dan kita tanam pulak tanam2an..tapi hasil tidak sebaik zaman dahulu.

Jadi saya nak bertanya kepada anda..masih perlu atau tidak suplemen ni?? Kalu saya PERLU DAN WAJIBBBBB !!!!